Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa
yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan
pergi.
Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya
kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan
akan menjadi milik anda ~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds)
Kita sering nampak derita hari ini, tapi kita jarang ingat kebahagiaan untuk
esok hari, jadi belajar lah untuk menghargai apa yg kita miliki hari ini,
kerana kita takkan dapat mencapai penghargaan untuk esoknya jika semuanya telah
tiada…..
Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak
menyebutnya dengan perkataan yg mudah.~T.S Matthews
Masa lalu adalah seperti melihat dari tingkap kaca yang berdebu, segalanya
nampak senyap dan tidak pasti.
Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka
yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus
mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi.
Anda mungkin ditipu jika terlalu mempercayai tetapi hidup anda akan terseksa
jika tidak cukup mempercayai ~ Frank Crane
Ketika kamu melontarkan sesuatu dalam kemarahan, kata -katamu itu meninggalkan
bekas seperti lubang di hati orang lain. Kamu dapat menusukkan pisau pada
seseorang, lalu mencabut pisau itu. Tetapi, tidak peduli berapa kali kamu
meminta maaf, luka itu akan tetap ada. Dan, luka kerana kata - kata adalah sama
buruknya dengan luka berdarah.
Dalam hidup, seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita
inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita
tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita
menjadi lebih bahagia.
Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang
lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada
orang lain.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar